Home » Langit Terbuka » Jasmin ajak generasi muda buat #AzanChallenge

Jasmin ajak generasi muda buat #AzanChallenge

Jasmin menyarankan generasi muda Islam di negara melaksanakan #AzanChallenge kerana ia lebih baik berbanding #Challenge lain yang merosakkan akhlak - Foto IG Jasmidhamidjh

KUALA LUMPUR – Pelakon Jasmin Hamid berkongsi satu video laungan azan yang sangat merdu dari penyanyi Zamani di Instagram (IG) miliknya.

“Allahuakhbar… kita selalu dengar penyanyi hanya menyanyi. Apa kata kita dengar mereka laungkan azan pula. Kalau boleh pukau pendengar dengan alunan suara merdu melalui nyanyian, mesti boleh laungkan azan yang merdu untuk panggil umat Islam mendirikan solat.

“Pelakon pun ramai juga yang pandai dan merdu suara bila laungkan Azan,” tulisnya.

Malah, dia juga ada menyarankan supaya diadakan challenge atau cabaran yang yang lebih baik untuk memperbaiki akhlak umat Islam.

“Cuba buat #AzanChallenge pula, lagi bagus daripada buat #Challenge yang merosakkan akhlak umat Islam, terutamanya generasi muda,” tulisnya.

Berdasarkan maklumat dari netizen, ia merupakan sedutan video dalam satu program semasa penyanyi itu di pusat pemulihan beberapa tahun lalu.

Melalui perkongsian itu, rata-rata memuji suara merdu penyanyi kesayangan ramai itu. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *