Home » Langit Terbuka » Guru pondok perlu semarak kelas agama

Guru pondok perlu semarak kelas agama

Guru agama merupakan nadi dan nafas sebagai jentera agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto TUDM

PENGKALAN CHEPA – Guru-guru agama termasuk tenaga pengajar pondok perlu melebarkan kelas agama sesuai Kelantan diibaratkan sebagai ‘kawah’ ilmu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti itu penting supaya masyarakat tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap agama.

“Ketika saya mula-mula dilantik sebagai menteri impian meminta guru al Quran, guru pondok dan tenaga pengajar lain sentiasa memberi kuliah agama kepada masyarakat.

“Tuan-tuan merupakan nadi dan nafas sebagai jentera agama. Apabila masjid okey (baik) semunya akan menjadi okey,” katanya ketika berucap pada majlis Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera Peringkat Negeri Kelantan di Masjid As Salam di sini petang semalam.

Program julung kali diadakan itu dirasmikan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Yang Berhormat Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dan anggota Exco kerajaan negeri Yang Berhormat Dato’ Mohd Nassuruddin Daud. – Harakahdaily

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *