Home » Citra Yadim » Dimuliakan usaha mencuci masjid

Dimuliakan usaha mencuci masjid

PENGKALAN CHEPA – Usaha membersih dan menceriakan masjid, seperti yang dilaksanakan pasukan Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan suatu tugas mulia dan wajar diberikan pujian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Marzuk Shaary berkata, tugas mulia ini dihargai kerajaan sekarang, justeru mulai tahun ini diadakan Anugerah Tokoh Bilal dan Tokoh Noja dalam sambutan Maal Hijrah 1442 Peringkat Kebangsaan.
“Bukan calang calang orang yang buat kerja cuci masjid ini kerana dia merupakan insan yang disebut dalam hadis nabi,” katanya ketika merasmikan Program Cuci-cuci YADIM@Kelantan di Masjid Mukim Sabak, di sini pada 4 September.
Inisiatif ini merupakan salah satu pengisian sempena Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera 2020 yang diadakan pada 3 hingga 5 September di sini. Dalam program selama kira kira dua jam itu, kawasan luar dan dalam masjid telah dibersihkan oleh para sukarelawan berkenaan.
Antara yang hadir ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin Abdul Mukti, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, Ketua Pegawai Eksekkutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Ustaz Azhar Yahya.
Hadir sama ialah Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ustaz Rosli Che Soh dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Mukim Sabak, Abdullah Mohamad.
Sementara itu dalam ucapannya lagi, Ustaz Marzuk mengucapkan penghargaan kepada YADIM atas inisiatif melaksanakan program Cuci Cuci di kawasan berkenaan dan berharap program ini diteruskan lagi.
Terdahulu, Dr Fakhrudin dalam ucapannya pula berkata, sokongan yang ditunjukkan orang ramai ke atas program Cuci Cuci adalah galakan pihaknya untuk terus melaksanakan program tersebut.
Tambahnya, dengan sokongan yang diberikan, program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Pelaksanaannya ujarnya, juga bertepatan dengan slogan YADIM sendiri, iaitu Fastabiqul Khairat, (Mengejar Kebaikan).
Sementara itu dalam majlis yang sama, Ustaz Marzuk turut menyampaikan sumbangan daripada YADIM kepada seramai 45 keluarga asnaf yang dikenalpasti memerlukan di kawasan berkenaan.
YADIM kemudiannya berkunjung sendiri ke rumah rumah asnaf di sini bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *