Home » Langit Terbuka » Hadiah Antarabangsa Raja Faisal 2018 milik penyelidik UIAM

Hadiah Antarabangsa Raja Faisal 2018 milik penyelidik UIAM

Prof. Dr. Irwandi Jasir. Foto : https://www.harnas.co

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui pensyarah yang juga penyelidiknya, Prof. Dr. Irwandi Jasir telah dianugerahkan Hadiah Antarabangsa Raja Faisal 2018 bagi kategori sumbangan kepada Islam oleh Yayasan Raja Faisal di bawah naungan kerajaan Arab Saudi.

UIAM dalam satu kenyataan berkata, pengumuman penerima anugerah itu telah dilakukan pada 11 Januari lalu.

Jelasnya, ia diberikan di atas kejayaan Irwandi dan pasukannya dalam membangunkan bidang teknologi dan pembangunan sains halal.

“Ia termasuklah usaha membangunkan kaedah baharu untuk menganalisis bahan-bahan dalam pembuatan makanan halal dan mewujudkan prosedur praktikal dalam penghasilan gelatin halal daripada pelbagai sumber bukan protein seperti unta dan ikan.

“Selain itu, beliau juga telah menghasilkan kit mudah alih pengesan bahan bukan halal dalam makanan, kosmetik dan barang-barang keperluan lain,” ujar kenyataan itu di sini hari ini.

Kit berkenaan mampu mengesan kehadiran alkohol dan lemak berasaskan ‘porcine’ dalam makanan dan minuman hanya dalam beberapa saat. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *