Home » Langit Terbuka » Hamas sambut ulang tahun ke-29

Hamas sambut ulang tahun ke-29

GAZA, 14 Dis.  – Ribuan penduduk Palestin menyambut ulangtahun penubuhan ke-29 Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza, Palestin dengan penuh kegembiraan, hari ini meskipun dalam kehujanan.

Dalam kesempatan menyambut ulangtahun penubuhan Hamas, terdapat juga peserta yang turut membawa sepanduk dengan tulisan Solidariti buat Aleppo bagi menunjukkan rasa keprihatinan terhadap tragedi yang menimpa saudara mereka di Syria.

Penganalisis Arab berkata, Hamas mewakili seluruh negara kerana mereka berpihak kepada negara mereka meskipun terdapat implikasi politik terhadapnya.

Pergerakan ini juga, katanya, berpengalaman di medan perang dan menjadi antara pengantara negara Arab dan negara Islam.

Hamas telah secara rasminya ditubuhkan pada tahun 15 Disember 1987 dan sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin.

Ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri atau diusir dalam perang Asia Barat ketika pembentukan Israel pada tahun 1948.

Pelarian dan keturunan mereka kini berjumlah jutaan orang dan kebanyakannya masih tinggal di rantau ini.- https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *