Home » Langit Terbuka » Hampir 94,000 bersolat di Masjid Nabawi

Hampir 94,000 bersolat di Masjid Nabawi

Masjid Nabawi dibuka semula dan semua jemaah perlu mematuhi langkah-langkah dan protokol pencegahan pihak keselamatan dan kesihatan bagi melindungi jemaah daripada pandemik koronavirus. - Foto Wmngavsa

MADINAH – Seramai 93,774 orang jemaah menunaikan solat di Masjid Nabawi pada hari pertama ia dibuka Ahad lalu.

Jemaah paling ramai semasa solat Maghrib dengan jumlah 40,356 orang menurut Agensi Masjid Nabawi yang diletakkan di bawah Presiden bagi Hubungan Dua Masjid.

Masjid itu telah membuka 11 pintu bagi menerima jemaah sejam sebelum waktu solat dan menutupnya sebaik sahaja selesai solat Isyak.

Semua jemaah perlu mematuhi semua kaedah langkah-langkah dan protokol pencegahan yang diambil oleh badan tersebut, selain pihak keselamatan dan kesihatan bagi melindungi jemaah daripada pandemik koronavirus.

Masjid itu dibuka semula selepas Raja Salman menarik semula penutupan sementara masjid itu untuk solat Jumaat dan orang awam sejak 20 Mac lalu.

Namun, penggantungan kemasukan ke Rawdah Sharif dan kawasan masjid lama diteruskan dan kemasukan jemaah di dalam masjid dan halaman akan diperluaskan.

Perintah untuk larangan sementara untuk kelas agama, hafalan Al-Quran dan pengagihan makanan masih diteruskan di masjid dan halamannya.

Agensi itu merancang untuk meletakkan kamera pengesan suhu di 11 pintu termasuk tujuh untuk jemaah lelaki dan empat untuk wanita.

Kanak-kanak sama sekali dilarang memasuki masjid.

Jemaah juga diwajibkan mematuhi langkah berjaga-jaga dan memakai penutup mulut dan hidung ketika datang ke masjid dan menjaga penjarakan sosial. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *