Home » Langit Terbuka » Haram makan kelawar bawa penyakit, kata Mufti Wilayah Persekutuan

Haram makan kelawar bawa penyakit, kata Mufti Wilayah Persekutuan

Menjadi tuntutan ke atas seorang Muslim, bukan sahaja perlu memilih makanan yang halal tetapi juga berkualiti, jelas Mufti Wilayah Persekutuan. - Foto Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan memakan daging kelawar hukumnya dalam Islam adalah haram.

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata umat mestilah memakan makanan yang halal dan baik serta tidak mendatangkan penyakit.

“Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan haiwan liar seperti kelawar, keluang dan seumpamanya mampu menjadi punca kepada penyakit bahaya buat individu yang memakannya,” tulisnya laman web rasmi mufti.

“Antaranya Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) telah dijumpai terdapat pada spesis kelawar jenis Rhinolopus Sinicus.”

Menurut Zulkifli lagi, selain kelawar, binatang seperti keluang juga tidak boleh dimakan, kerana turut membawa penyakit.

Semakan mendapati, keluang kecil dan besar katanya, disyaki merupakan pembawa utama virus nipah.

“Kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan daging kelawar adalah haram dimakan sebagaimana disebut Imam al-Nawawi bahawa berlaku pengharaman makan kelawar secara qat’ie,” katanya.

“Selain itu, menjadi tuntutan ke atas kita seorang Muslim, bukan sahaja perlu memilih makanan yang halal tetapi juga perlu berkualiti,”katanya. – MalaysiaDateline

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *