Home » Citra Yadim » TYDP YADIM di Forum Perdana Hal Ehwal Islam

TYDP YADIM di Forum Perdana Hal Ehwal Islam

PETALING JAYA – Bersempena dengan bulan anti dadah yang disambut setiap Februari, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bekerjasama menganjurkan satu majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam di sini pada 13 Februari.

Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin telah dijemput sebagai panel dalam program yang diadakan di perkarangan Masjid Islamiah, Kampung Lindungan di sini.

Seorang lagi panel ialah Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan Pahang, Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin manakala personaliti dakwah JAKIM, Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud bertindak selaku moderator bagi forum ini yang membawakan tajuk ‘Syurga Kirim Salam’.

Forum mengenai ancaman dadah kepada negara ini disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia melalui saluran televisyen dan media sosialnya, selain turut boleh diikuti di Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Antara kenamaan yang hadir ialah Ketua Pengarah AADK, Dato’Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’Jamil Rakon, Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Yang Berhormat Tuan Syamsul Firdaus Mohamad Supri, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Dato’ Mohd Sayuti Bakar dan ramai lagi.

Program ini mendapat sambutan sangat menggalakkan yang menyaksikan penduduk kawasan sekitar memenuhi perkarangan masjid Islamiah sejak sebelum Maghrib lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *