Home » Langit Terbuka » Harga Jalur Lebar Akan Turun Sekurang-Kurangnya 25%

Harga Jalur Lebar Akan Turun Sekurang-Kurangnya 25%

KUALA LUMPUR – Harga jalur lebar tetap di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Gobind berkata penurunan itu susulan pelaksanaan Piawaian Mandatori berkaitan Harga Akses (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun.

“Pihak-pihak yang terlibat masih dalam perbincangan penetapan harga borong. Saya difahamkan bahawa proses ini akan berakhir pada bulan Julai/Ogos, dan seterusnya pakej perkhidmatan jalur lebar pada harga yang lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna.

“Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.

“Penurunan harga borong bakal mengurangkan harga pasaran untuk pengguna,” katanya dalam sidang media kementeriannya di Putrajayahari ini.

Gobind menjangkakan harga baru akan dapat dilaksanakan pada penghujung Ogos.

Gobind pada 23 Mei lalu berjanji akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar dua kali lebih pantas tetapi dengan bayaran separuh harga.

Ini susulan banyak aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan negara-negara maju.

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *