Home » Langit Terbuka » Harussani tokoh ulama sepanjang zaman

Harussani tokoh ulama sepanjang zaman

PUTRAJAYA 3 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada majlis sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hassan masing-masing diumumkan Tokoh NGO Lelaki dan Wanita.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa diumumkan Tokoh NGO Belia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan piala, sijil dan tajaan menunaikan umrah kepada semua tokoh terbabit. – www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *