Home » Langit Terbuka » Amerika mahu potong bantuan RM1.28 bilion kepada Palestin

Amerika mahu potong bantuan RM1.28 bilion kepada Palestin

WASHINGTON, 3 Ogos – Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat (AS) semalam, meluluskan usul memotong bantuan kepada Palestin sebanyak AS$300 juta (RM1.28 bilion), kecuali Pihak Berkuasa Palestin (PA) menghentikan apa yang dikatakan sebagai ‘bayaran hadiah untuk jenayah kekerasan’.

Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengundi 17-4 bagi pelaksanaan langkah itu yang dikenali sebagai Taylor Force Act, selepas seorang veteran tentera AS berusia 29 tahun, Taylor Force, ditikam sehingga mati oleh warga Palestin ketika dia melawat Israel tahun lalu.

Rang undang-undang itu bagaimanapun mesti diluluskan oleh Senat dan Ahli Parlimen sebelum diwartakan. Ianya bertujuan menghalang bayaran gaji kepada ‘penyerang’ atau keluarga mereka yang mencecah sehingga RM14,900 sebulan.

Laporan menyebut penyerang Force ditembak mati, tetapi keluarganya terus menerima bayaran bulanan.

Pada masa sama, 16 anggota Republikan dan Demokratik AS menulis surat kepada Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, memintanya mengetuai kerjasama antarabangsa bagi memotong bantuan kepada Palestin. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *