Home » Langit Terbuka » Hashtag #IamMuslimNYC dilancarkan di New York

Hashtag #IamMuslimNYC dilancarkan di New York

NEW YORK 25 Sept. – Pejabat Datuk Bandar New York dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia telah melancarkan hashtag  #IamMuslimNYC iaitu kempen iklan media sosial untuk membantu mengatasi masalah Islamophobia dan peningkatan jumlah jenayah kebencian yang dilakukan terhadap umat Islam di Big Apple.

Idea ini tercetus daripada apa yang digelar oleh pihak penganjur sebagai “retorik negatif yang menyelubungi orang-orang Islam, pendatang dan pelarian sejak akhir-akhir ini.”

Hashtag berkenaan akan dipromosikan di Facebook, Twitter dan Instagram dan juga termasuk “peristiwa yang sedang berlangsung” untuk menyokong keselamatan masyarakat Islam serta menubuhkan bengkel percuma untuk mendidik masyarkat New York baru tentang Islam dan sensitiviti budaya.

Risalah pelbagai bahasa dan poster juga telah diterbitkan menggariskan hak-hak sivil dan pekerjaan umat Islam dan “mereka dilihat seperti itu.”

Datuk Bandar New York dari parti Demokratik, Bill de Blasio mengulas kesedaran itu dengan berkata: “Sekarang, lebih daripada biasa, ia adalah penting bagi setiap penduduk New York untuk bersatu sebagai satu bandar dan menolak kebencian dan keganasan.

“Di New York, semua orang berhak untuk dilayan dengan penuh kehormatan. Kristian, Islam, Yahudi, Sikh, Hindu, agnostik dan ateis -. Ia tidak penting,” katanya.

“Kita semua New York dan kita semua berhak untuk hidup dengan selamat dan bebas daripada kebencian atau diskriminasi.”

Dianggarkan terdapat lebih daripada 500,000 umat Islam yang tinggal di New York.

Sejak peristiwa 9/11 anggota masyarakat Islam telah menghadapi  jenayah kebencian pada kadar yang semakin meningkat.

Sebelum serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia, terdapat 20 hingga 30 jenayah anti-Muslim dilaporkan di seluruh AS pada setiap tahun tetapi dalam tempoh 18 bulan lepas terdapat 180 insiden sedemikian.

Awal bulan ini, satu siri letupan bom  telah berlaku di Elizabeth, New Jersey dan Chelsea, Manhattan dalam serangan yang disyaki dilakukan oleh pengganas oleh pelampau Islam kelahiran  Afghanistan,  Ahmad Khan Rahami. Seramai 29 orang cedera dalam letupan Manhattan.

Dalam `iklim ketakutan dan kecurigaan’,  dan dipersalahkan oleh sesetengah pihak pembuat dasar yang anti-Islam seperti calon presiden Republikan, Donald Trump, inisiatif terbaru oleh pejabat Datuk Bandar itu telah mendapat sokongan daripada orang ramai di media sosial.

https://www.rt.com/viral/360808-iammuslimnyc-social-media-islamophobia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *