Home » Citra Yadim » Hasil positif pertemuan TYT Pulau Pinang, YADIM

Hasil positif pertemuan TYT Pulau Pinang, YADIM

GEORGRTOWN – Pelbagai pengisian melestari gerakan dakwah di negeri ini oleh YADIM, mendapat reaksi positif daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Tun Ahmad Fauzi pada 13 Mei menerima kunjungan YADIM, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang bertujuan memberi taklimat mengenai gerak kerja dakwah YADIM di negeri berkenaan.

Beliau yang jelas tertarik dengan inisiatif inisiatif YADIM dalam dakwah seperti cadangan penubuhan pasar raya YADIMart di negeri ini turut mengesyorkan agar ditubuhkan pusat kebudayaan agama di sini.

Pada masa yang sama, beliau turut menyarankan badan dakwah ini menggerakkan program Training Of Trainers kepada pendakwah di negeri ini agar mereka mempunyai pengalaman dan persediaan lebih baik.

Pertemuan yang asalnya dijadualkan selama setengah jam berpanjangan hingga lebih sejam kerana Tun Ahmad Fauzi memberi maklum balas malah menambah baik cadangan cadangan program yang diutarakan.

Dalam pertemuan ini juga, Tuan Kamarul juga menjemput pejabat Tun Ahmad Fauzi untuk terlibat sama dalam program program anjuran YADIM di sini. Beliau dalam reaksi balasnya bersedia untuk turut serta dalam sebarang program yang bersesuaian.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.
YADIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Ahmad Fauzi yang sudi menerima kunjungan badan dakwah ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *