Home » Langit Terbuka » HDC menang anugerah pembangunan industri halal pada GIFA 2016

HDC menang anugerah pembangunan industri halal pada GIFA 2016

KUALA LUMPUR, 4 Okt. Selasa – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) memenangi Anugerah Pembangunan Industri Halal pada Gala Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2016, atas usahanya dalam pembangunan industri Halal Malaysia.

berkata. anugerah itu yang diterima pada 29 Sept pada GIFA yang berlangsung di Jakarta, merupakan perakuan antarabangsa ke atas HDC.

“Menyedari potensi besar industri Halal, usaha kami dalam membangunkan industri ini bermula pada 2006, tahun HDC ditubuhkan.

“Kami memulakan Pelan Induk Pembangunan Industri Halal (HIMP) 2008-2020, yang bermatlamat memajukan Halal sebagai sumber pertumbuhan baharu ekonomi, selari dengan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Malaysia dan HDC tidak akan berpuas hati terhadap kejayaan ini, dan akan terus komited untuk membangunkan sektor Halal dan meningkatkan aktiviti bernilai tambah tinggi dalam industri.

“Negara sudah lama mengenal pasti potensi ekonomi Halal, dan sejak berdekad mengusahakan ekosistem Halal yang meletakkan Malaysia ke hadapan dalam industry yang pesat berkembang ini,” katanya.

Beliau berkata Malaysia komited meneruskan agenda Halal dan ini dibuktikan menerusi pembentukan Majlis Halal Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *