Home » Citra Yadim » Yadim Zon Utara giat jayakan Street Dakwah

Yadim Zon Utara giat jayakan Street Dakwah

SUNGAI PETANI 4 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara giat mengadakan program dakwah jalanan (street dakwah) bagi mendekati pelbagai golongan dan menyampaikan pelbagai mesej kepada mereka.

Pengurus Eksekutif Yadim Zon Utara, Hafsah Husain berkata, sehingga September sebanyak sembilan program dakwah jalanan telah diadakan di zon utara yang meliputi negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

“Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak terutama golongan muda yang ada di antara mereka tidak tahu perkara asas dalam agama tetapi merasa malu untuk bertanya,’’ katanya.

Menurutnya, Yadim Zon Utara merancang akan mengadakan beberapa lagi program Street Dakwah yang akan ditumpukan di pasaraya serta perkarangan stadium semasa perlawanan bola sepak diadakan.

Katanya, dalam setiap program dakwah jalanan yang diadakan, pelbagai aktiviti diadakan termasuk melakukan demonstrasi bagaimana berwuduk dengan menggunakan sebotol air.

“Selain itu, aktiviti yang dijalankan termasuk persembahan muzik jalanan (busking), tazkirah santai, edaran flyers `jom solat dan jauhi zina’, klinik al-Fatihah dan buku jalanan,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam setiap program yang diadakan, pihaknya menyasarkan golongan Islam dan bukan Islam untuk menyampaikan mesej dakwah dalam bentuk santai, dengan penekanan kepada kepentingan solat dan menjauhi zina.

“Program ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat kerana pendekatan santai yang digunakan serta pengisian yang sangat bermanfaat seperti klinik al-Fatihah yang membolehkan mereka membetulkan bacaan mereka,’’ katanya.

Selain itu, katanya, ramai di antara orang ramai yang ditemui juga mahu program ini diperluaskan bagi memberi peluang mereka bertanya sebarang kemusykilan agama.

Beliau berkata sebanyak sembilan siri program ini telah diadakan iaitu iaitu di Pusat Peranginan Lata Sedim, Kulim, Kedah, Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Taman Tasik Tema Jitra, Kedah, Mydin Mall Bertam,P.Pinang, Taman Jubli Perak, Sungai Petani, Kedah serta dua program di kawasan sekolah iaitu  Sekolah Menengah Keb Tunku Abdul Malik, Mentaloon, Kedah dan Sekolah KAFA Gurun, Kedah.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *