Home » Langit Terbuka » Henti label bukan Islam ‘kafir’, gesa pertubuhan Islam terbesar Indonesia

Henti label bukan Islam ‘kafir’, gesa pertubuhan Islam terbesar Indonesia

Nahdlatul Ulama menerusi persidangan nasionalnya baru-baru ini berkata, orang bukan Islam tidak perlu dilabel “kafir” kerana mereka mempunyai kedudukan sama dalam hal ehwal negara. - Foto NU

JAKARTA – Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama menggesa penggunaan istilah “kafir” dihentikan, bagi merujuk bukan Islam dalam isu berkaitan kewarganegaraan atau negara.

Langkah itu mungkin bertujuan meredakan ketegangan agama menjelang pilihan raya presiden di Indonesia.

Nahdlatul Ulama yang mempunyai kira-kira 140 juta ahli, menerusi persidangan nasionalnya baru-baru ini berkata, orang bukan Islam tidak perlu dilabel “kafir” kerana mereka mempunyai kedudukan sama dalam hal ehwal negara.

Setiausaha Lembaga Bahtsul Masail Nahdlatul Ulama Jawa Timur, Ahmad Muntaha berkata, persidangan itu menyimpulkan orang bukan Islam sepatutnya digelar “muwathin” atau warganegara yang mempunyai hak dan kewajipan sama seperti umat Islam Indonesia.

Jumaat lalu, beliau dalam satu kenyataan disiarkan di laman web kumpulan itu berkata, umat Islam tidak patut melabelkan bukan Islam sebagai “kafir” dalam mana-mana konteks sosial.

Persidangan itu turut menekankan sebagai sebuah negara, Indonesia tidak ditubuhkan umat Islam saja. – FreeMalaysiaToday

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *