Home » Langit Terbuka » Jangan jadi penyambung lidah penghina Islam, lapor polis

Jangan jadi penyambung lidah penghina Islam, lapor polis

Polis dan pasukan keselamatan sentiasa memantau kumpulan ekstrimis, pengganas dalam masyarakat setempat di negara ini, tegas Menteri Dalam Negeri. - Foto MM

KUALA LUMPUR – Masyarakat khususnya umat Islam diminta bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghinaan kepada Islam dengan hanya bertindak berkongsi hantaran dan tangkap layar bahan-bahan yang menghina Islam di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa Yusof sebaliknya meminta masyarakat untuk membuat laporan polis terhadap sebarang bentuk penghinaan kepada agama bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak.

Menurut Mujahid, beliau telah menerima sejumlah rungutan orang awam berkaitan posting-posting yang bersifat menghina Islam di media sosial.

“Bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghinaan kepada Islam dengan bertindak berkongsi posting-posting dan juga screenshot tersebut.

“Jika kita sayangkan Islam, jadilah ummah yang cakna. Buat laporan ke balai polis terdekat untuk membantu pihak berkuasa bertindak,” kata Mujahid dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Tegas beliau, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap Islam mahupun agama-agama lain dan juga kaum.

Pihaknya juga akan mencadangkan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pihak yang menghina agama.

“Bersama kita membina negara yang lebih sejahtera. Sebuah negara rahmah yang kita cita-citakan,’ kata Mujahid.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *