Home » Citra Yadim » Himpunan Asatizah 2.0 bakal diadakan

Himpunan Asatizah 2.0 bakal diadakan

PUTRAJAYA – Ikatan Lepasan Mahasiswa Al Azhar Mesir (ILMAM) yang diketuai oleh Ustaz Dr Zuhaili Saiman selaku Presiden ILMAM Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat dan ziarah ke atas Yang Dipertua YADIM Ustaz Nasrudin Hassan baru baru ini.

Kunjungan ini merupakan satu uasha amat signifikan kepada usaha dakwah dan ilmu khasnya bagi membina rangkaian kerjasama dan hubungan yang baik antara kedua-dua entiti terutama berkaitan dengan mahasiswa-mahasiswi Al Azhar yang telah menjadi alumni dan pulang ke tanahair.

Hasil perbincangan, YADIM dan ILMAM bersetuju menganjurkan Ijtimak Asatizah 2.0 khusus melibatkan lepasan mahasiswa universiti Al Azhar, Mesir sebagai satu langkah membina kesefahaman dalam isu-isu dakwah dan ilmu dalam konteks Malaysia.

Ijtimak Asatizah ini juga merupakan rentetan dan kesinambungan kepada Ijtimak Asatizah Malaysia pada 18 Jun lepas yang bertujuan untuk mengharmonikan aliran pemikiran antara pendakwah dan meredakan perbalahan para ilmuwan agama.

Turut hadir pertemuan ini ialah Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim.

Semoga cadangan dan usaha yang dicetuskan ini dipermudahkan urusan dan dilaksanakan dengan jayanya.

Nantikan Ijtimak Asatizah 2.0 Lepasan Mahasiswa Al Azhar

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *