Home » Langit Terbuka » Hishammuddin harap kuota haji khas veteran ATM ditambah

Hishammuddin harap kuota haji khas veteran ATM ditambah

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) bergambar bersama veteran angkatan tentera pada Lawatan Kerja beliau ke Tapak Cadangan Hospital Veteran di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Gua Permai, Tambun hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Foto Bernama

 

IPOH 2 Feb.  – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kuota haji khas untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditambah sehingga dua kali ganda tahun ini berbanding peruntukan untuk 400 jemaah tahun lepas.

Beliau berkata hasil hubungan rapat antara kepimpinan peringkat kementerian dengan kerajaan Arab Saudi, beliau yakin permohonan itu dapat dipertimbangkan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berhubung dengan pembelaan kuota haji untuk PDRM (Polis DiRaja Malaysia) sebelum ini.

“Oleh kerana kita mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi termasuk kepimpinan di peringkat kementerian, saya percaya permintaan untuk menambah kuota untuk anggota dan veteran ATM, dengan veteran diberi lebih tumpuan, akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Hospital Veteran ATM dan beramah mesra bersama-sama warga ATM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, Tambun di sini, hari ini. –Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *