Home » Langit Terbuka » Pertahankan pimpinan Islam – Hadi

Pertahankan pimpinan Islam – Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang. foto :  https://buletinonline.net

KUALA LUMPUR 2 Feb. – PAS menggesa rakyat mempertahankan kepemimpinan Islam yang disifatkan sebagai satu-satunya cara menyelamatkan negara berbilang kaum dan agama.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan itu bukan kerana taksub terhadap agama atau kaum tertentu, sebaliknya kekuatan Islam yang boleh menyatukan rakyat.

Beliau berkata, PAS membawa politik baharu, politik penyatuan dan damai yang mampu mengelak perpecahan dalam masyarakat.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh berpecah, kita wajib mempertahankan kepemimpinan Islam.

“Bukan kerana fanatik agama dan kaum tetapi hanya Islam boleh menyelamatkan negara yang mempunyai masyarakat majmuk,” katanya dalam perutusan sempena Himpunan Perak Istiqamah (HIMMAH 12K) yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi PAS, hari ini.

HIMMAH 12K akan berlangsung di Padang Bandar Meru Raya, Ipoh, esok.

Abdul Hadi berkata, HIMMAH 12K bertujuan mencetuskan semula semangat kebangkitan Islam dan perjuangan Islam menerusi konsep budaya politik matang dan sejahtera diperkenalkan parti itu. – BERITA H ARIAN

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *