Home » Langit Terbuka » Hormati perlambangan haiwan masyarakat Cina – Jakim

Hormati perlambangan haiwan masyarakat Cina – Jakim

Perayaan Tahun Baharu Cina adalah berdasarkan pada perkiraan kalendar lunar dan setiap tahun, masyarakat Cina menggunakan perlambangan haiwan yang berbeza untuk sambutan berkenaan.

PUTRAJAYA 5 Feb. –  Semua pihak perlu menghormati perlambangan haiwan yang digunakan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 16 dan 17 Februari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha, berkata perkara berkenaan merujuk kepada konsep fiqh ta’ayush (kebersamaan), sekali gus semua pihak perlu sentiasa mengekalkan keharmonian antara kaum.

“Hal ini selaras dengan pendekatan wasatiyyah dalam Islam yang sudah menjadi dasar kerajaan.

“Justeru, semangat kebersamaan dalam perkara ini perlu difahami secara bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak. Ia bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Perayaan Tahun Baharu Cina adalah berdasarkan pada perkiraan kalendar lunar dan setiap tahun, masyarakat Cina menggunakan perlambangan haiwan yang berbeza untuk sambutan berkenaan. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *