Home » Langit Terbuka » Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi

Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi

BANDARAYA GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

“Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)… Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di Bandaraya Gaza dan kawasan-kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan untuk mendapatkan rawatan perubatan di  Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 Nov selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas.

Pada Isnin, Qatar mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan selama dua hari lagi di Gaza.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *