Home » Langit Terbuka » Hospital Pengajar UniSZA pulih pesakit guna pendekatan Islam

Hospital Pengajar UniSZA pulih pesakit guna pendekatan Islam

AHMAD Said (dua kiri) diberi penerangan mengenai kelengkapan peralatan perubatan di Hospital Pengajar UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - Foto Utusan Malaysia

KUALA NERUS –  Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini mula dibuka secara pengujian bermula Isnin lalu sebelum dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, buat masa ini, klinik perubatan am sudah beroperasi secara dalaman terhad kepada kakitangan hospital tersebut.

“Percubaan ini bagi membolehkan pengurusan Hospital Pengajar UniSZA meneliti keberkesanan dan kesesuaian pergerakan pesakit sewaktu mendapatkan rawatan.

“Ia membolehkan penilaian dan penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan apabila mula beroperasi secara penuh kelak,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said.

Fadzli berkata, Hospital Pengajar UniSZA yang dilengkapi 16 bilik bedah dan 10 bilik bersalin menyasar untuk beroperasi secara patuh syariah.

Jelas beliau, antara pendekatan yang bakal diambil ialah pengasingan bilik bedah dan perkhidmatan pegawai perubatan mengikut jantina pesakit.

“Perkhidmatan pemulihan pesakit juga menggunakan pendekatan Islam seperti zikir dan solat hajat.

“Buat fasa pertama, Hospital Pengajar UniSZA dilengkapi 100 katil dan kita berharap agar peruntukan 100 lagi katil akan diluluskan kerajaan dalam Rolling Plan ketiga (RP3) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) tidak lama lagi,” ujarnya.

Fadzli berkata, Hospital Pengajar UniSZA juga menyasar untuk menawarkan  rawatan pakar dan pembedahan bagi penyakit jantung.

Katanya, pengurusan hospital telah menjalin kerjasama Institut Jantung Negara  (IJN) bagi membuka kilinik rawatan jantung berkenaan.

“Kerjasama dengan IJN itu turut melibatkan latihan kaedah rawatan dan pembedahan kepada doktor pakar Hospital Pengajar UniSZA,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *