Home » Langit Terbuka » Hudud tak boleh dibawa ke Parlimen: Takiyuddin

Hudud tak boleh dibawa ke Parlimen: Takiyuddin

BANGI 5 Sept.  Isnin – Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 tiada kaitan dengan pelaksanaan hudud.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sekali lagi menegaskan bahawa hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen kerana ia adalah undang-undang yang dibuat pada peringkat negeri.

“Jika mengatakan cadangan meminda Akta 355 sebagai rang hudud adalah sesuatu tidak betul. Hudud adalah undang-undang yang dibuat oleh negeri.

“Tiada alasan hudud dibawa ke Parlimen,” katanya dalam wacana Sinar Harian 41 yang berjudul ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi ‘, semalam.

Justeru, katanya, pada tahun 1983, kerajaan Kelantan meluluskan satu enakmen berkaitan dengan hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri berkenaan.

“Dan 2002 Terengganu luluskan enakmen hudud, qisas dan takzir di DUN Terengganu,” katanya.

RUU Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, meminta untuk meminda undang-undang Persekutuan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) dipinda.

Walaupun ia telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada penggal lalu, tetapi beliau memohon perbahasannya ditangguh hingga sidang Parlimen Oktober ini.

– https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *