Home » Langit Terbuka » Platform bursa sekuriti Islam bersepadu dilancar

Platform bursa sekuriti  Islam bersepadu dilancar

KULA LUMPUR 5 Sept. : Bursa Malaysia Bhd melakar sejarah apabila melancarkan Bursa Malaysia-i, platform bursa sekuriti Islam bersepadu pertama di dunia.

Pelancaran platform itu bertujuan memberikan pelabur pilihan melabur dan memperdagangkan produk Syariah menerusi platform berlandaskan Syariah.

Platform itu dilengkapi keseluruhan perkhidmatan berkaitan bursa berlandaskan Syariah termasuk penyenaraian, perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan perkhidmatan depositori.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata Bursa Malaysia-i menyediakan pasaran kondusif untuk pelaburan Syariah serta memperkukuhkan lagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan pasaran modal Islam.

Beliau berkata, platform baharu itu juga menjadi pelengkap kepada platform bursa sedia ada serta memenuhi permintaan pelabur yang mahukan dagangan berlandaskan Syariah sepenuhnya.

“Ketika ini, sebanyak 669 kaunter daripada 902 kaunter dalam Bursa Malaysia adalah kaunter berlandaskan Syariah,” katanya selepas pelancaran Bursa Malaysia-i di sini, hari ini.

Pelancaran Bursa Malaysia-i disempurnakan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani. Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong; Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A Aziz dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, tiada isu kecairan memandangkan permodalan pasaran Syariah kini berjumlah RM1.1 trilion daripada jumlah keseluruhan permodalan pasaran RM1.6 trilion.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *