Home » Citra Yadim » Ibadah qurban sebagai penyatuan warga YADIM

Ibadah qurban sebagai penyatuan warga YADIM

ULU LANGAT – Warga YADIM hari ini berkampung di Pusat Latihan Semungkis YAdim Batu 14, Ulu Langat untuk menjayakan program Ibadah Qurban Kufy 2018 anjuran Kelab Ukhwah Fillah Yadim atau KUFY.

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ustaz Haji Kamarudin Mustafa wakil peyembelih qurban KUFY.

Program ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Dr Yusri Mohamad Yang Dipertua YADIM, Y.Brs Ustaz Mohd Zaidi Ramli Timbalan Yang Dipertua YADIM dan Tuan Redhauddin Kamaruzaman Pengurus Besar Pengurusan san Kewangan YADIM serta seluruh ahli KUFY yang juga warga Yadim.

Tuan Abi Said Al Khudri, Pengerusi KUFY berkata, sememangnya Ibadah Qorban KUFY 2018 ini merupakan platform penyatuan semua warga Yadim bagi yang hadir atau tidak hadir. Ini boleh dilihat melalui penyediaan makanan dan pengurusan sembelihan korban.

Tuan Muzaffar Abd Rahim selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa KUFY pula berkata, program ini meruoakan yang pertama diadakan selepas KUFY setelah bertukar nama daripada BAKKY.

“Banyak lagi program seperti ini akan dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya lagi.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *