Home » Lagenda » Ibnu Hubal : Pakar Urologi terkemuka

Ibnu Hubal : Pakar Urologi terkemuka

urologiwebNama lengkapnya ialah Muhadhdhib ad-Din Abu al-Hasan Ali bin Ahmad Ibnu Hubal atau lebih dikenali sebagai Ibnu Hubal. Beliau dilahirkan di Baghdad sekitar tahun 515H/1118M.

Beliau pertama kali mempelajari tatabahasa Arab (nahu Sharaf) dan ilmu fikah di Nizamiyyah. Namun kemudiannya, minat beliau beralih kepada ilmu perubatan. Hasilnya, Ibnu Hubal muncul sebagai seorang doktor yang berjaya di Syahi Arman di Khilat dan menjadi kaya. Selepas itu, beliau bekerja dengan Badruddin Lu’lu’ di Mardin dan terakhir di Mawsil.

Sepanjang hayatnya beliau menghasilkan pelbagai karya berkaitan dengan bidang perubatan. Antara karyanya yang paling utama adalah “Al-Mukhtarat fi ath-Thibh” (Kitab Pilihan Perubatan) – edisi Haydarabad, empat jilid 1362-1364H/ 1943-1944). Dua bahagian yang dikutip dari buku tersebut diterbitkan sebagai sebuah buku, “Traitesur le Calcul dans les Reins dans la Vessie” (Perancis)  yang disusun oleh De Koning.

Pada zamannya, Ibnu Hubal telah berhasil mengidentifikasi anatomi tubuh manusia yang menjadi kajian pembelajaran urologi. Beliau telah menjelaskan secara teliti tentang anatomi dan bahagian-bahagian saluran kencing. Penjelasan yang beliau sampaikan tentang organ-organ itu, tiada bezanya dengan dunia kedoktoran moden.

Dr. AM Dajani dalam tulisannya bertajuk ”Abstracts of Contribution of Islamic Medicine to Urology” memaparkan bahawa Ibnu Hubal juga sudah mulai mencurahkan perhatiannya untuk mencegah terjadinya vesicoureteral reflux (VUR), iaitu kelainan saluran urine dari kandung kemih ke ginjal.

Gangguan ini, menurut para doktor terkini, dapat menyebabkan kerosakan pada ginjal. Apa yang menarik untuk dicatat, setelah seribu tahun kemudian, pemerhatian  yang sama juga dilakukan oleh sarjana Arab terkemuka bernama E Tanagho.”

Selain menjadi seorang doktor yang berjaya, Ibnu Hubal juga terkenal sebagai penyair. Pada usia 75 tahun, beliau ditimpa musibah hingga menyebabkan matanya buta. Lantaran penyakit yang dialaminya, Ibnu Hubal meninggal dunia pada 610H/1213M.

Ketika meninggal dunia, beliau meninggalkan seorang anak iaitu Syamsuddin Abu al-Abbas Ahmad yang kemudiannya mewarisi kemahiran ayahnya dalam bidang perubatan. Dengan ilmu perubatan yang diperolehi, Syamsuddin berkhidmat di Istana Kaykawus Saljuki hingga ke akhir hayat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *