Home » Citra Yadim » YADIM anjur Khidmat Komuniti Mangsa Banjir

YADIM anjur Khidmat Komuniti Mangsa Banjir

khidmatkomunitiyadimterengganuKEMAMAN, 19 Januari – Sebagai tanda simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di sekitar Pantai Timur, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur baru-baru ini telah mengambil inisiatif melancarkan Program Khidmat Komuniti Mangsa Banjir. Program ini bertujuan membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan dengan menyalurkan sedikit keperluan makanan untuk mereka yang telah mengalami kerosakan dan kehilangan harta benda.

Program pertama telah dilaksanakan di Kuala Berang bersama Sahabat YADIM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 30 Disember 2014.  Misi bantuan kedua diteruskan pula pada 10 Januari ke Temerloh yang terjejas teruk akibat banjir. Di sini, kerja-kerja pembersihan giat dijalankan oleh para sukarelawan.

Program berikutnya adalah di kawasan sekitar Kemaman yang turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Padang Kemunting. Seramai 33 keluarga menerima sumbangan berupa 2 kampit beras seberat 5 kilogram dan makanan dalam tin. Turut hadir adalah Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Tuan Haji Hamzah b. Mohamad.

Menurut jurucakap YADIM Zon Timur, Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin, program ini akan diteruskan lagi ke Pekan dan sekali lagi ke Temerloh. Beliau berharap lebih ramai lagi individu perseorangan dan organisasi yang sudi menghulurkan sumbangan sebagai motivasi kepada mangsa-mangsa banjir ini untuk meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Bagi sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan, boleh hubungi YADIM Terengganu di talian 09-6263888/889.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *