Home » Citra Yadim » IBQ Learning Centre Rumah Ngaji @ Madarasah YADIM

IBQ Learning Centre Rumah Ngaji @ Madarasah YADIM

IBQ Learning Centre Rumah Ngaji @ Madarasah YADIM di Kampung Permatang Haji Hassan, Kepala Batas menjadi tumpuan penduduk untuk mendekati dan mendalami pengajian Al-Quran.
Justeru, YADIM Pulau Pinang terus menganjurkan program – program keagamaan terutamanya kepada Saudara Kita (mualaf) dengan memberi pendidikan Al Quran dan pemantapan Fardu Ain.
Kelas bersiri setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga itu dihadiri peserta dikalangan Saudara Kita. Guru Al Quran jemputan bagi program ini ialah Ustaz Ibrahim Yusof, Guru Takmir Negeri Pulau Pinang.
Amat menenangkan hati melihat mualaf daripada pelbagai latar belakang berkumpul bersama bagi mendalami ilmu agama.
Sama-sama kita doakan inisiatif ini akan berterusan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *