Home » Citra Yadim » Kunjungan YADIM dan delegasi Malaysia ke Perpustakaan Nasional Indonesia

Kunjungan YADIM dan delegasi Malaysia ke Perpustakaan Nasional Indonesia

LENSA Sekitar kunjungan YADIM dan delegasi Malaysia ke Perpustakaan Nasional Indonesia (PERPUSNAS) di Jakarta pada 26 September.
Kunjungan delegasi seramai 53 orang ini adalah sempena Pesta Buku Antarabangsa Indonesia yang berlangsung pada 27 September hingga 1 Oktober ini.
Agenda utama kunjungan ialah sesi menandatangani perjanjian antara PERPUSNAS dengan Perpustakaan Selangor, yang disaksikan Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Amirudin Shari.
YADIM merupakan sebahagian delegasi berkenaan yang hadir bukan sekadar mempamer dan menjual naskhah terbitan, malah mencari rakan kerjasama untuk menerbitkan buku dan urusan berkaitan hak cipta.
Delegasi YADIM ke program ini diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Hadir sama ialah Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media, Puan Zalilah Bahari.
Semoga apa yang direncanakan sepanjang Pesta Buku Indonesia ini berhasil dan memberi manfaat untuk semua.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *