Home » Citra Yadim » Ibu tunggal mangsa Covid-19 dibantu YADIM Johor

Ibu tunggal mangsa Covid-19 dibantu YADIM Johor

LARKIN– Dengan wabak Covid-19 yang masih tersebar, semakin ramai individu yang menerima kesan akibat penyakit berkenaan. Ramai yang kehilangan pekerjaan akibat serangan wabak itu yang juga mengakibatkan sektor ekonomi merudum.

Prihatin dengan situasi berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melancarkan program membantu mereka mereka yang terkesan itu. Terbaharu pada 14 Disember, YADIM Johor membantu salah sorang mangsa yang terkesan dengan musibah tersebut.

Norasia Ismail merupakan ibu tunggal dengan tiga orang anak berumur lima hingga sembilan tahun.

Beliau diberhentikan kerja pada bulan lepas dan kini mengalami kesempitan untuk membayar sewa bilik dan membeli keperluan makanan.

Kisah Norasia tular baru baru ini di media sosial mengakibatkan ramai yang melahirkan rasa simpati.

YADIM Johor bersama Yayasan Kebajikan Negara Johor telah melakukan ziarah pada jam 9 pagi kepada ibu tunggal ini. Dalam kunjungan ini, YADIM telah menyampaikan sumbangan barang keperluan makanan asas.

YKN juga menyampaikan barang keperluan asas dan sedikit wang tunai. YKN juga akan membantu Norasiah untuk mendapatkan pekerjaan.

Mewakili YADIM dalam kunjungan ini ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah manakala YKN pula oleh Nurul Zahrawaini Mohd Nordan,  Pengarah YKN Johor

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *