Home » Langit Terbuka » ICERD ancam keamanan negara – Mufti Pulau Pinang

ICERD ancam keamanan negara – Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang berkata, kerajaan perlu mengkaji isu ICERD dengan lebih mendalam dari segi kesan ke atas masa depan rakyat dan negara

GEORGETOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya tidak terburu-buru memuktamadkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkajinya dengan lebih mendalam dari segi kesan ke atas masa depan rakyat dan negara.

Katanya, walaupun rakyat memahami hasrat kerajaan melakukan perubahan yang boleh memacu kemajuan termasuk hak-hak kemanusiaan, namun kerajaan juga perlu bersikap adil kepada penduduk asal negara ini.

“Perubahan memanglah diperlukan, tetapi perubahan yang dikehendaki itu biarlah yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua pihak, bukan yang menganiayai mana-mana pihak.

“Ketika kita menuntut kemerdekaan daripada penjajah Britih dahulu, satu kontrak sosial telah dipersetujui kesemua pemimpin kaum-kaum di negara ini iaitu orang Melayu hendaklah mengizinkan orang Cina dan India diberikan kewarganegaraan.

“Sebagai timbal balasnya, beberapa hak keistimewaan bangsa Melayu perlulah diterima dan dihormati oleh kaum-kaum lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, beliau tidak nampak keperluan ratifikasi penghapusan diskriminasi yang dicadangkan kerana selama ini, semua kaum di negara ini hidup dalam suasana aman dan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Jadi rasanya adalah lebih baik kerajaan tidak meneruskan hasrat ini kerana ianya boleh menggugat keharmonian hubungan antara kaum di negara ini seterusnya akan mengancam keamanan negara,” katanya. – Ismaweb

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *