Home » Citra Yadim » Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia

Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia

KUALA LUMPUR – Bertujuan menyantuni penggiat seni dan menjadikan seni sebagai jalan dakwah, YADIM pada 10 April mengadakan majlis Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia di Kuala Lumpur

Dalam ucapan aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin berkata, badan dakwah ini sedia menjadi jambatan antara kerajaan dan penggiat seni, sekiranya timbul sebarang isu yang memerlukan pencerahan.

”Perjumpaan ini bukan sekadar pertemuan antara YADIM dan penggiat seni, InsyaAllah ada hasilnya.

”Hasil perbincangan akan dikumpulkan dan dibawa ke pihak yang berkenaan,”ujarnya lagi.

Sementara itu, antara nama nama besar industri yang hadir ialah seperti , Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jurey Latif Rosli, Erma Fatima, Zed Zaidi, dan Mior Hashim Manap.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Penapis Filem, Dato’ Haji Mohd Dusuki Haji Ya’acob.

Antara yang menjadi topik sesi sumbang saran ialah piawaian patuh syariah, dakwah dalam industri, batas batas kreativiti dan perundangan industri kreatif di Malaysia.

Program ini disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Muhamad Razak Idris

Beliau mengucapkan terima kasih kepada YADIM atas penganjuran majlis ini yang ujarnya, memenuhi semangat Malaysia Madani yang mahu melibatkan dan menyantuni semua pihak.

Penulis skrip berpengalaman, Zabidi Mohamed bertindak selaku mediator dalam program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *