Home » Langit Terbuka » Ramalan Aidilfitri pada 21 April akan dibincang dengan Jawatankuasa Fatwa

Ramalan Aidilfitri pada 21 April akan dibincang dengan Jawatankuasa Fatwa

PUTRAJAYA: Ramalan 1 Syawal yang dijangka pada hari Jumaat, 21 April oleh Pusat Astronomi Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, perbincangan perlu dibuat demi memastikan Aidilfitri ‘mengejut’ seperti tahun lalu tidak berulang lagi.

Begitu pun Naim berkata, keputusan berkenaan di bawah bidang kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Seboleh-bolehnya kita nak elakkan apa yang berlaku pada tahun lepas berulang, supaya tidak terkejut, itu hasrat kita.

“Jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa fatwa dan sebagainya.

“Penentuan bila Hari Raya dan sebagainya itu terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja… jadi apa yang saya boleh nasihatkan adalah kita bersabar,” katanya ketika sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada Jumaat.

Terdahulu, portal Gulf News melaporkan kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.

Ia selepas negara-negara Islam dijangka menjalankan kewajipan mencerap anak bulan Syawal bagi menentukan hari raya Aidilfitri adalah pada 20 April, yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan. – Awani

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *