Home » Citra Yadim » Iftar Bersama Penghuni Penjara Wanita Kajang

Iftar Bersama Penghuni Penjara Wanita Kajang

KAJANG – Komuniti penjara sentiasa dekat dengan YADIM. Badan dakwah ini saban masa mengadakan kerjasama dengan mereka dalam menyantuni penghuninya.

Ramadan kali ini beberapa kali penghuni penjara disantuni YADIM menerusi pelbagai pendekatan. Terbaharu, Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) dengan kerjasama pelbagai pihak telah mengadakan majlis Iftar Bersama Penghuni Penjara Wanita Kajang pada 22 April.

Bukan sekadar berbuka puasa, ia diisi dengan pengisian dakwah secara langsung dan tidak langsung dengan penghuni penjara berkenaan.

Ia antara lain bertujuan memberi penghayatan Ramadan melalui pengisian seperti khatam Al-Quran, solat berjemaah dan forum bertajuk ‘Keberkatan Ramadan Yang Kucari’.

Naib Pengerusi MAYA, Puan Hajah Rohani Dato’ Mohd Shahir merupakan ahli panel kepada forum tersebut.

Selain itu, YADIM turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak penjara.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam ucapannya berkata, pihaknya komited untuk terus bekerjasama dengan pihak penjara bagi menyantuni mereka. Ujar beliau, kelas Fardu Ain umpamanya, boleh diteruskan dengan kerjasama daie atau kakitangan YADIM.

Antara yang hadir dalam lawatan ini termasuklah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita yang turut terlibat sebagai ahli panel forum, Ustaz Azhar Yahya, ahli MAYA, Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Puan Nurul Nadhirah Liew Abdullah dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Rohaizah Jawahir.

Turut hadir Pengarah Penjara Wanita Kajang, Zalina Mohd Yunus.

Program ini mendapat kerjasama ADFIM (Association of Development Finance Institutions of Malaysia), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Akademi Asri Ahmad, LunaStella Group Sdn Bhd, Majlis Ilmu Khadijah dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *