Home » Citra Yadim » Ijtimak Asatizah 2.0 Sasar Alumni Graduan Timur Tengah

Ijtimak Asatizah 2.0 Sasar Alumni Graduan Timur Tengah

PUTRAJAYA – Selepas kejayaan menganjurkan Ijtimak Asatizah Malaysia pada 18 Jun lalu, YADIM bakal melangkah lebih jauh dengan penganjuran Ijtimak Asatizah 2.0 yang memfokuskan kepada kalangan alumni graduan dari Timur Tengah pula.

Langkah ke arah penganjuran itu telah pun bermula sebaik selepas 18 Jun lalu dan terbaharu, mesyuarat pelaksanaan telah berlangsung pada 19 Julai dan dipengerusikan oleh Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) Dr Muhamad Zuhaili Saiman yang turut melibatkan wakil-wakil alumni Universiti dari Timur Tengah.

Ia merupakan kerjasama strategik bersama dengan alumni universiti dari Timur Tengah bagi memastikan sasaran penyertaan tercapai iaitu graduan alumni Timur Tengah kalangan asatizah termasuklah graduan bidang perubatan di negara tersebut.

Antara wakil alumni yang hadir ke mesyuarat berkenaan ialah :

  1. Prof Madya Dr Zamri Ariffin – Yang Dipertua Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) serta wakili alumni Kuwait.
  2. Ustaz Abd Hafiz Abd Halim – alumni Yaman
  3. Ustaz Muhamad Basil Isharuddin – alumni Syria
  4. Ustaz Syahrul Nizam – Alumni Jordan
  5. Ustaz Ahmad Hasyimi dan Ustaz Jaafar Salleh – Alumni Saudi

Alumni Maghribi, Libya dan Iraq turut akan  dijemput bersama dalam kerjasama strategik pada pertemuan yang akan datang.

Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya selaku penasihat program menjelaskan bahawa badan dakwah ini bertanggungjawab mengusahakan penyatuan kalangan ummah serta para asatizah dengan penganjuran-penganjuran sebegini sama ada secara terbuka, terhad dan tertutup.

Penganjuran ini ujar beliau, juga adalah tindakan susulan  resolusi yang dihasilkan dari Ijtimak Asatizah Malaysia pada 18 Jun lalu.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *