Home » Citra Yadim » Ijtimak Dewan Cheng Ho

Ijtimak Dewan Cheng Ho

PUTRAJAYA – Dewan Cheng Ho – Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Ijtimak Dewan Cheng Ho 2018: Perhimpunan Ahli-Ahli Dewan Cheng Ho MDN pada 13 Disember (Khamis) ini.

Program ini akan diadakan di Bilik Latihan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari.

Ijtimak Dewan Cheng Ho ini bertujuan menghimpunkan ahli ahli dewan berkenaan yang terdiri daripada kalangan muallaf dalam satu majlis ilmu, selain bertukar pandangan mengenai beberapa isu yang akan dibangkitkan.

Acara utama program ialah sesi forum yang bakal mengetengahkan ahli ahli panel seperti Ir Mohd Azhar Helmi Soo bin Abdullah dan Nur Farah Ain Leong binti Abdullah. Moderator bagi sesi forum ini ialah Pengerusi Dewan Cheng Ho MDN, YBhg Dr Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah.

Turut hadir sama kelak ialah Pengerusi MDN, Y.Bhg Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid yang bakal memberikan ucaptama.

Pihak sekretariat mensasarkan seramai 70 orang kehadiran, namun difahamkan ia kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila ahli ahli dari seluruh negara telah menyatakan komitmen untuk hadir.

Bagaimanapun, penyertaan masih dibuka kepada peserta lain, terutamanya muallaf untuk hadir secara walk in,  bagi maklumat lanjut, boleh menghubungi pihak sekretariat MDN di talian 03 – 8870 3870.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *