Home » Langit Terbuka » India mahu Zakir Naik dibawa pulang

India mahu Zakir Naik dibawa pulang

Kerajaan India membuat permohonan rasmi untuk membawa pulang pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Kerajaan India membuat permohonan rasmi untuk membawa pulang pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.

Sumber berkata, ia dibuat setelah Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) India selesai mengumpul segala bukti, lapor Times of India.

“Kementerian hal ehwal luar telah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengekstradisi Zakir Naik selepas NIA menyelesaikan semua formaliti termasuk pengumpulan bukti dan memfailkan kertas tuduhan,” menurut laporan itu yang memetik sumber.

November tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan Zakir akan dihantar pulang jika kerajaan India membuat permohonan.

Kerajaan India mendakwa pendakwah itu, pemegang taraf penduduk tetap (PR) Malaysia, menghina kepercayaan agama Hindu, Kristian dan mazhab Islam lain.

Ucapannya juga didakwa mempengaruhi orang untuk menyokong kumpulan pengganas IS. – MALAY MAIL

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *