Home » Citra Yadim » Info On Wheels & Musa’adah Covid 19 di Kampung Jawa

Info On Wheels & Musa’adah Covid 19 di Kampung Jawa

PORT DICKSON – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan bersama rakan badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan telah bekerjasama menganjurkan Program Info On Wheels & Musa’adah Covid 19 pada 3 April.

Antara yang terlibat dalam program ini ialah Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson, Pejabat Perpaduan Daerah Port Dickson, Khidmat Rukun Tetangga Kampung Jawa, Sukarelawan Al-Basith dan MyFundaction.

Program kesedaran di Surau Kampung Jawa di sini bertujuan memberi penerangan tentang keperluan pengambilan vaksin Covid-19 di kalangan penduduk kampung ini.

Turut diadakan dalam program ini ialah penyampaian  sumbangan barangan keperluan harian kepada 10 keluarga yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini oleh YADIM Negeri Sembilan.

Hadir ke program ini ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris, Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson, Norhaidah Md Esa, Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Port Dickson, Aminuddin Ahmad serta Pengerusi Sukarelawan Al-Baasith, Khairul Nizam Khairudin.

Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk, Dr Muhammad Izyan Mohd arif dan Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin.

Keduanya bertindak selaku penceramah dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *