Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Masyarakat Orang Asli Kensui

YADIM Peduli Masyarakat Orang Asli Kensui

BALING – Sempena program Sinar Kasih Kita dan majlis penutup Pembangunan Jati Diri Orang Asli di sini, telah diadakan program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli pada 3 April.

Bertempat di dewan Kampung Lubuk Legong, seramai 85 keluarga Orang Asli dari suku Kensui disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Yang Berhormat Haji Muhammad Nasir Idris,  yang mewakili Exco Pembangunan Luar Bandar, Basmi kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Kedah.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM merangkap Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Nur Fitrah, Dr. Safinar Salleh, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi NGO Generasi Kita, Ustaz Nazmi Abd Ghani, Tok Batin kampung Orang Asli, Razali Kulim selain wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, NGO Muscare dan sukarelawan YADIM.

Turut terlibat ialah pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Norazlina Zakaria, selaku Pengarah
Program, Pendakwah Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ustaz Ubai Kulim, serta kaunselor kaunselor  dari UUM dan Universiti Malaya.

Orang Asli dari suku ini merupakan satu satunya komuniti golongan ini di Kedah

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *