Home » Citra Yadim » Inisiatif penubuhan RSY di Institut Pendidikan Guru

Inisiatif penubuhan RSY di Institut Pendidikan Guru

PUTRAJAYA – Inisiatif memperluas jaringan ejen dakwah di negara ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tetap diteruskan meskipun negara kini dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan.

Terbaharu menerusi Unit Politeknik dan Institut Pendidikan Guru, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) pada 28 Julai, satu perbincangan secara dalam talian telah diadakan bagi menubuhkan Rakan Siswa YADIM di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Menerusi cadangan dalam kunjung hormat maya itu juga, kedua pihak bersetuju bekerjasama dalam aspek program, aktiviti pembangunan kepimpinan, kerohanian dan dakwah yang akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Turut diberi perhatian ialah aspek kenegaraan, kejurulatihan dan kesukarelawan kepada para penuntut di IPGM.

YADIM yang diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Pengarah KEMUDA, Shahrizal Mat mengucapkan terima kasih kepada IPGM atas kerjasama yang diberikan.

IPGM pula diwakili oleh Timbalan Rektor Kanan Pusat Kecemerlangan Akademik, Dr Rosli Yacob dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Displin dan Kebajikan, Bariah  Selamat serta para pegawainya dalam perjumpaan itu.

 

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *