Home » Citra Yadim » Inter Faith Dialogue di Wat Machimaran

Inter Faith Dialogue di Wat Machimaran

TUMPAT – Bertepatan dengan konsep Islam Rahmat Seluruh Alam (Rahmatan Lil Alamin), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan sebuah program dialog dengan komuniti Buddha di sini.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin bersama dengan Pengarah YADIM Zon Timur, Ustaz Mahadi Awang dan kakitangannya telah sama sama melakukan interaksi dengan kira kira 50 orang komuniti masyarakat Buddha di Wat Machimaran di sini pada 18 Februari lalu.

Ia bertujuan mempromosikan keharmonian antara kaum serta merapatkan hubungan antara penduduk Islam dan bukan Islam.

Hadir sama ialah Ketua Sami wat berkenaan, Tan Chai serta wakil ahli jawatankuasanya, Cikgu Phong.

Dalam ucapannya, Zolkharnain menekankan kepentingan hidup secara bersama dalam keadaan harmoni serta saling hormat menghormati antara kaum di negara ini.

Bagi pihak YADIM, beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan bantuan beras dan barang dapur kepada hadirin yang memerlukan.

Wat Machimaran menjadi antara tarikan utama pelawat ke kawasan ini kerana di sini terletaknya patung Buddha antara yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu setinggi 30 meter.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *