Home » Langit Terbuka » IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi sebagai pusat kecemerlangan Bahasa Arab

IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi sebagai pusat kecemerlangan Bahasa Arab

PUTRAJAYA 22 Mac – Kerajaan bersetuju untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam Bangi sebagai pusat kecemerlangan pedagogi Bahasa Arab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah tersebut merupakan hasil keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam dalam memperluaskan peranannya termasuk menaik taraf pusat Bahasa Arab di kampus itu sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab Kementerian Pendidikan.

Katanya, menerusi usaha sedemikian, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Kementerian Pendidikan bekerjasama melatih guru-guru dan penyelia sekolah agama serta melaksanakan program kemahiran komunikasi Bahasa Arab bagi kursus persediaan pelajar yang melanjutkan pengajian ke universiti Timur Tengah.

“Keputusan kerajaan menyediakan pusat kecemerlangan pedagogi Bahasa Arab ini tepat pada masanya dalam memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah institusi pendidikan Islam dan sekolah agama Kementerian Pendidikan dipertingkatkan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

“Ia juga bagi memastikan pencapaian yang optimum dalam mempertingkatkan kualiti guru dan kemenjadian murid di sekolah-sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *