Home » Langit Terbuka » Iraq lulus undang-undang haramkan arak

Iraq lulus undang-undang haramkan arak

BAGHDAD, 23 Okt. – Parlimen Iraq hari ini meluluskan undang-undang mengharamkan penjualan, import dan penghasilan alkohol yang disifatkan sebagai bercanggah dengan Islam.

Undang-undang itu diluluskan Ahli Parlimen di Baghdad dengan memaklumkan bahawa ia berita gembira buat umat Islam negara itu.

Salah seorang Ahli Parlimen yang mengundi untuk menyokong pengharaman itu, Ammar Toma berhujah, Perlembagaan sebenarnya melarang penjualan, penghasilan dan mengimport minuman beralkohol.

“Perlembagaan menyatakan seseorang tidak boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan Islam,” katanya.

Dilaporkan sesiapa yang melanggar undang-undang boleh didenda 10 juta hingga 25 juta dinar (RM33,480 hingga RM83,700).

Alkohol atau arak jarang disajikan di restoran dan hotel di Iraq, tapi penggunaannya agak meluas, terutamanya di Baghdad di mana terdapat banyak kedai kecil-kecilan menjual minuman beralkohol boleh ditemui.

Iraq juga mempunyai beberapa syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis alkohol, seperti bir Farida atau arak Asriya (arak berperisa jintan manis). -Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *