Home » Citra Yadim » IRSYAD 360: YADIM Kedah Santuni Gelandangan

IRSYAD 360: YADIM Kedah Santuni Gelandangan

ALOR SETAR – Nasib gelandangan di negeri ini tidak pernah dilupakan badan bertanggungjawab seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Pada 28 April, bersama rakan badan bukan kerajaan antaranya Hidayah Centre Foundation, Majlis Dakwah Negara, Dhuafa Sejahtera, Persatuan Cina Muslim Malaysia, IBS dan Rakan Siswa YADIM UniSHAMS, YADIM Kedah mengambil inisiatif menyantuni 40  gelandangan di Shahab Perdana, Pekan Rabu, Flat Setia Jaya dan Tanjung Bendahara di sini.

Mereka yang disantuni bukan sahaja menerima pek makanan, tetapi juga pengisian kerohanian daripada Pencetus Ummah Azraie.

Turun padang ke program ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengurus Hidayah Centre Foundation, Hafizuddin Md Zin, Pengerusi Rakan Siswa YADIM UniSHAMS, Muhammad Amirul Naim Mat Razak, Naib Pengerusi IBS, Abd Hamid Sulaiman dan Setiausaha Majlis Dakwah Negara, Haji Fuad Ashaari.

Program selama 3 jam ini berakhir pada jam 2 pagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *