Home » Langit Terbuka » Islam di Perlis hendaklah utamakan pendekatan harmoni – Raja Muda Perlis

Islam di Perlis hendaklah utamakan pendekatan harmoni – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih dalam satu program yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Ubudiah, Sematang Serdang, Simpang Empat.-UTUSAN

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa pelaksanaan amalan agama di negeri ini dengan pendekatan memudahkan bukan menyulitkan selagi tidak bertentangan dengan syariat dan kemaslahatan awam.

Titah baginda, amalan berkenaan termasuk di masjid sehingga kepada perkahwinan, zakat, wakaf dan segalanya berkaitan amalan Islam.

“Penyampaian Islam kepada mereka yang bukan Muslim di negeri ini pula hendaklah dengan cara yang memudahkan mereka faham dan memudahkan mereka mengamalkan agama ini jika mereka menerimanya.

“Islam di Perlis hendaklah mengutamakan pendekatan yang harmoni untuk semua Muslim dan bukan Muslim.

“Perkara tersebut juga adalah selari dengan ‘Titah 7 Amanat Tuanku Raja Perlis’, seperti yang telah dizahirkan oleh Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 20 April 2017 lalu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan kepada 140 orang asnaf terpilih dalam satu program yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Ubudiah, Sematang Serdang, Simpang Empat.

Majlis agihan tersebut melibatkan seramai 70 penerima dari kariah Sematang Serdang dan 70 lagi penerima dari kariah Chemumar.

Setiap di antara mereka mendapat bantuan wang MAIPs sebanyak RM700 secara tunai daripada baginda.

Para penerima terlebih dahulu menjalani saringan kesihatan secara percuma yang dilaksanakan oleh para pegawai dari Jabatan Kesihatan negeri.

Turut diadakan ialah aktiviti ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ oleh MAIPs serta ceramah kesselamatan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).-UTUSAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *