Home » Langit Terbuka » Tiada larangan Muslim selit ayat al-Quran, hadis dalam ucapan

Tiada larangan Muslim selit ayat al-Quran, hadis dalam ucapan

PENANG 06 AUGUST 2016. Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor ketika sidang media mengenai isu video klip Namawee yang dikatakan menghina agama Islam di Universiti Teknologi Mara, Permatang Pauh. STR/ZULAIKHA ZAINUZMAN

GEORGE TOWN: Tiada larangan di sisi hukum syarak untuk seseorang Muslim menyelit ayat al-Quran atau hadis Nabi di dalam ucapan atau pidato.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, malah memang wajar bagi seorang pemimpin Muslim berbuat demikian kerana kalam Ilahi dan Rasul merupakan dalil yang utama untuk dijadikan hujah terhadap kebenaran apa yang ingin disampaikan di dalam ucapan.

”Cuma orang yang menggunakan sesuatu ayat al-Quran dan hadis tertentu hendaklah benar-benar memahami maksud ayat berkenaan dan kontaknya yang sebenar,” katanya di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau akan terus menggunakan petikan ayat suci al-Quran dan tafsirannya dalam ucapannya.

Ia selepas ucapan beliau pada bulan lalu mengenai tujuh pemuda Ashabul Kahfi menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, hasrat Anwar untuk meneruskan tradisi memetik ayat al-Quran di dalam ucapannya adalah suatu langkah yang baik dan amat dialu-alukan.

”Hasrat Perdana Menteri untuk merujuk terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan perkara ini adalah wajar dan memang itulah yang paling baik.

“Ia untuk mengelakkan tersalah petikan dan dijadikan isu kontroversi oleh mana-mana pihak yang suka mencari kesalahan pemimpin berkenaan,” katanya. – Utusan

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *