Home » Langit Terbuka » Islam larang ceroboh rumah ibadat mana-mana agama

Islam larang ceroboh rumah ibadat mana-mana agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak meratifikasi ICERD, maka semua kebimbangan tidak terpakai lagi seperti kedudukan Melayu-Islam dan Raja-raja Melayu - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa semua pihak menghentikan segera kenyataan dan provokasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan, susulan kekecohan terbaru di luar Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam berkata, Islam mengajar umatnya saling menghormati dan memelihara kemuliaan tempat ibadat tanpa mengira agama.

“Islam meletakkan kedudukan rumah ibadat sebagai satu tempat yang perlu dijaga kehormatannya.

“Justeru, kalau benar telah berlaku pencerobohan rumah ibadat, tindakan pihak yang menceroboh atau merosakan rumah ibadat sehingga membahayakan individu di sekitarnya sama sekali tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap isu penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman dapat diselesaikan dengan cara aman dan terbaik.

Kataya, mereka yang melanggar undang-undang negara dengan melakukan keganasan atau mencetuskan kekecohan perlu dikenakan tindakan tegas.

“Saya berharap agar pihak berkuasa melakukan siasatan dengan penuh adil dan terperinci berhubung kekecohan tersebut agar pihak yang bersalah diambil tindakan sewajarnya mengikut lunas perundangan.”

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dilaporkan berkata, 4 lagi ditahan menyebabkan jumlah tangkapan setakat ini meningkat kepada 21 orang, manakala 23 kenderaan dibakar dengan sebuah jentera bomba dan penyelamat dirosakkan kumpulan penunjuk perasaan.

Terbaru ialah 2 lelaki ditahan lewat petang semalam dan 2 lagi ditahan awal pagi tadi di sekitar kawasan kuil tersebut, dengan parang ditemui dalam kenderaan mereka.

Katanya, dalam rusuhan awal pagi tadi, seorang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Subang Jaya cedera selepas diserang ketika memadamkan kebakaran sebuah kenderaan di luar kawasan kuil itu. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *