Home » Persuasif » Islam mula mekar di Cuba.

Islam mula mekar di Cuba.

Havana, (IINA) – “Apabila saya diberitahu di Cuba ada Islam dan komuniti Islam, saya benar-benar teruja kerana saya tidak pernah mendengar hal itu,” menurut seorang jurugambar Sepanyol, Joan Alvado.
“Ia telah memecahkan semua idea-idea dahulu yang kita ada tentang masyarakat Cuba,” katanya.
Kebanyakan imej yang dapat dilihat di Cuba adalah kereta klasik yang sama dan bangunan berwarna terang. Tetapi Alvado menunjukkan kepada kita sesuatu yang berbeza. Siri foto beliau, “Umat Islam Cuba,” memberi tumpuan kepada kehidupan orang-orang yang telah memeluk Islam. Dianggarkan 85 peratus daripada rakyat Cuba beragama Katolik dan hanya 0.1 peratus beragama Islam, menurut satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Pew (PDF) pada 2009.
Beliau berkata sebab-sebab penukaran kepada agama Islam adalah pelbagai. Walaupun sesetengah orang melihat Islam sebagai “agama yang sedikit lebih benar atau tulen daripada agama yang lain,” ada sebahagian daripada mereka yang memeluk Islam kerana sebab-sebab peribadi dan khusus. Beliau memberi contoh bagaimana Islam mungkin memberi kesan positif bagi mereka yang mempunyai masalah penagihan alkohol, kerana Islam adalah satu cara bagi mereka untuk mengelakkan alkohol. Al-Quran melarang pengambilan arak dan minuman beralkohol.
Bagaimanapun, ada cabaran-cabaran yang perlu dilalui untuk mengamalkan Islam di negara Cuba sebagai satu pihak minoriti. Antara halangan yang utama adalah mencari tempat untuk beribadat.
“Komuniti Islam ini diuruskan dalam kumpulan-kumpulan yang sangat kecil, dan seseorang dalam setiap kumpulan itu akan menawarkan rumah mereka pada hari Jumaat untuk bersembahyang dan sebagainya,” katanya.
Alvado berkata, Muslim Cuba sentiasa belajar tentang agama baru mereka dan mereka semakin menyesuaikan diri dengan ajarannya.
“Setiap orang membuat sedikit tafsiran mereka sendiri mengenai cara-cara memahami kaedah-kaedah (Islam) dan mengamalkannya, apa yang termampu, dan itulah yang menarik,” katanya.
“Saya telah belajar lebih banyak perkara mengenai Islam, kepercayaan-kepercayaan dan idea mereka ketika di Havana daripada sewaktu bekerja di Turki,” katanya.
Katanya, Cuba adalah sebuah bandar yang penuh dengan spiritual dan bersemangat, terutama berkaitan agama. Pada mulanya, beliau tidak pasti bagaimana orang akan bertindak balas kepadanya yang ingin mengambil gambar kehidupan mereka.
Sehingga tahun 2012, hampir 10,000 penduduk Cuba umat Islam memeluk agama itu, menurut Wikipedia. Pada waktu ketika, terdapat ramai pelajar Islam memasuki negara Cuba untuk belajar di sekolah-sekolah berprestij Cuba. Jumlah pelajar berkenaan adalah kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang. Antara kumpulan pelajar berkenaan adalah yang berasal dari Pakistan. Telah diketahui bahawa populasi dominan pelajar asing yang belajar di Cuba adalah dari Pakistan iaitu kira-kira 936 orang.
Pada tahun 2001, Sheikh Muhammad bin Nassir Al-Aboudy, Penolong Setiausaha Agung Liga Islam Sedunia (MWL) mengembara ke Cuba untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Cuba untuk mewujudkan sebuah organisasi Islam yang akan menyokong masyarakat Islam Cuba. Antara tujuan lain, organisasi yang dicadangkan itu akan membina masjid dan penyebaran budaya Islam di kalangan umat Islam, lapor Wikipedia.
Pada Julai 2015, Yayasan Hal Ehwal Agama Turki telah membuka ruang solat pertama bagi Cuba Islam dan masjid pertama di Cuba adalah di bawah pembinaan dengan pembiayaan Turki. Muslim Cuba mempelajari Islam melalui pejabat kedutaan negara-negara Timur Tengah dan juga melalui pelajar dari negara Islam yang datang untuk belajar di Cuba.
Secara umumnya, Islam mula tersebar di kalangan rakyat Cuba pada 1970-an dan 80-an. Bagaimanapun, bahan cetak dan sumber audio-visual Islam hampir tidak wujud di Cuba. Al-Quran terjemahan Bahasa Sepanyol dan buku-buku Islam yang utama juga tidak terdapat di negara ini. Masyarakat Islam Cuba juga kekurangan kader-kader agama yang berpendidikan.- ISLAMIC NEWS DAILY

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *