Home » Citra Yadim » Islam sebagai agenda utama negara

Islam sebagai agenda utama negara

KELANTAN, 26 Oktober – Perkembangan dan pembangunan Islam sepanjang 58 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, ternyata telah menarik perhatian banyak negara Islam lain dengan kesungguhan kerajaan Malaysia meletakkan Islam dalam agenda utama menuju ke arah sebuah negara maju.

Justeru, Seminar Pembangunan Islam di Malaysia bertempat di Dewan Pusat Dakwah Jeli (Pondok Moden) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Yayasan Darul Naim dengan kerjasama Pusat Dakwah Jeli (Pondok Moden) serta Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Jeli ini dilihat sebagai platform dalam memberi penjelasan dan pendedahan kepada para pendidik, pemimpin, pentadbir dan masyarakat setempat tentang usaha pembangunan Islam yang telah dilaksanakan selama ini.

Selain itu, seminar ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan persepsi yang salah dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat umum tentang usaha kerajaan dalam membangunkan Islam di Malaysia. Di samping mengajak semua lapisan masyarakat khususnya pendidik atau pentadbir berganding bahu dalam menjayakan misi serta dasar pembangunan Islam di negara ini secara lebih holistik.

Program yang disertai oleh 750 orang peserta sekitar Kelantan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.

Dua buah kertas kerja telah dibentangkan dengan kupasan yang berkaitan dengan aspek pendidikan dan perundangan. Kertas kerja pertama yang bertajuk “Pembangunan Islam Dalam Konteks Pendidikan Dan Dakwah: Pemerkasaan Pendidikan Islam Di Malaysia” disampaikan oleh Ustaz Mohd Azizi Bin Nik Mohamad, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu.

Manakala  kertas kerja kedua bertajuk “Pembangunan Islam Dalam Undang-Undang dan Pentadbiran” yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Shamrahayu Binti Ab. Aziz, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK).

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *